Monday, December 21, 2009

Reunion Ex-Falahiah 89-93 Batch


Date : Wednesday, December 23, 2009

Time : 8:15pm - 11:00pm

Location : Restoran Al-Kahfi

City/Town: Wakaf Baharu, Malaysia

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Perjumpaan bekas-bekas pelajar SMKAF Batch 1989-1993 bertempat di Restoran Al-Kahfi, Wakaf Bharu, Kelantan.

Semoga kita sama2 dapat menghadiri majlis yang julung kali di adakan di Kelantan.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi nwildan@ymail.com.

Terima Kasih.


_______________________________________




Hasil dari undangan melalui email, facebook & sms dapat kami berkumpul walau tak ramai.. tapi Alhamdulillah... ada yang sudi bertemu...
Antara yang hadir adalah :

1) Azman Hanif
2) Nik Asmadi
3) Fatah Mohd Rozi
4) Nizamuddin
5) Nurul Ihsan
6) Borhanuddin
7) Zamri
8) Wan Zulkifli
9) Saiful Adli
10) Iskandar
11) Wildan

Seronok sekali dapat bertemu dan bercerita... Memang kenangan lalu sangat mencuit hati... Bukan senang nak berkumpul dan bertukar pandangan... Moga pertemuan akan datang kita dapat mengumpul lebih ramai gu-gu ex-falahiah batch 1989-1993...
Wassalam...

Tuesday, March 31, 2009

APRIL FOOL: MENGHINA ISLAM DAN MARTABAT INSAN


Selain Valetine's Day, terdapat satu lagi budaya barat yang meresap dalam diri umat Islam khusunya golongan muda iaitu Fool's Day atau April Fool.

Jika Valentine Day disambut pada 14 Februari setiap tahun, maka April Fool pula berlaku pada 1 Aprril setiap tahun.Mereka yang meniru budaya ini merasakan seri persekitaran itu akan hilang apabila peristiwa-peristiwa itu tidak diraikan. Apa yang dibimbangi ialah pemikiran seperti ini terus berleluasa hingga satu masa nanti, ada yang mengatakan ia tidak bertentangan dengan Islam. Disedari atau tidak, golongan muda menerimanya dengan membuta tuli tanpa usul periksa adakah ia bertentangan dengan batas syarak atau sebaliknya.

Menurut sejarah, Fool's Day atau april Fool mula diraikan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam yang bertapak berkurun lamanya di Granada, Sepanyol yang ditawan oleh tentera Kristian. Akibatnya, penduduk Islam terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera Kristian ternyata tidak berpuashati dan cuba menghapuskan orang Islam dari bumi Sepanyol.

Oleh itu, mereka membuat satu helah dengan memberitahu penduduk Islam bahawa mereka boleh keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. Di kalangan umat Islam, ada yang mempercayai dan sebahagian lagi sangsi dengan pemberitahuan itu.Mereka yang mempercayainya telah meninjau di pelabuhan dan berpuashati lalu memutuskan untuk bertolak pada keesokannya hari(1 April)

Keesokan harinya, Mereka keluar membawa kesemua barangan dan menuju ke pelabuhan. Pada ketika itulah, puak Kristian mengambil kesempatan untuk menyerang penduduk Islam berkenaan. Mereka tidak sempat menaiki kapal kerana semuanya telah dibakar. Manakala orang Islam yang berada di sekitar telah dibunuh tanpa mengira lelaki,perempuan atau kanak-kanak

Peristiwa berdarah itu kemudian diraikan oleh tentera Kristian yang kemudiannya menjadi acara tahunan. Apa yang menyedihkan, orang-orang Islam merayakannya tanpa menyedari bahawa mereka sebenarnya meraikan ulangtahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

Masyarakat hari ini sebenarnya tidak mengetahui dengan jelas asal usul April Fool's. Selain boleh merosakkan akidah, budaya ini sebenarnya meniru gaya hidup kebaratan yang bertopengkan humor, gurauan, lelucon dan komedi. Bagi mereka, 1 April merupakan hari kejutan dengan berbagai perkara pelik, humor dan memalukan.

Namun apa yang dilihat hari ini ia banyak membawa unsur memalukan orang lain. Ia bukan sahaja memperbodohkan si pelaku tetapi juga yang menerima akibat bersesuaian dengan nama Fool itu sendiri yang bermaksud bodoh atau tolol. Jelas ia cuba menjatuh air muka dan martabat seseorang. Bagi yang bersikap selamba mungkin boleh menerima gurauan tersebut, tetapi bagi
tidak dapat menerima pasti akan menyimpan persaan negatif dalam diri hingga akhirnya menjadi seorang yang pendendam hingga sanggup menjadi pembunuh. Ini merupakan sesuatu yang tidak diterima oleh landasan syarak.

Kita tidak wajar berkiblatkan budaya barat apatah lagi mengagungkannya kerana Islam agama yang tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi darinya. Islam mempunyia adab dalam bergurau senda tanpa menganiyai orang lain. Selain menghormati orang lain, kita juga diwajibkan menutup keaiban orang lain.

Bagi yang kurang memahami sejarah, mereka tidak merasakan apa-apa tentang budaya April Fool's tanpa menyedari bahawa ia merupakan satu penghinaan halus ke atas umat Islam

Akhirnya, marilah sama-sama kita renungi sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Kamu pasti akan mengikuti jejak-jejak orang-orang sebelum kamu, sejengka demi sejengkal, sehasta demi sehasta hingga mereka masuk ke dalam lubang biawak sekalipun , pasti kamu tetap mengikuti mereka". Kami bertanya "Wahai Rasulullah SAW, Yahudi dan Nasrani?" Baginda menjawab "Lalu siapa lagi (kalau bukan mereka)"

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Disediakan Oleh:
Ust. Nordin bin Bayadi
Bahagian Penerangan dan Penerbitan
Jabatan Agama Islam Selangor

** Email forwarded by Afifi Mohamed (Pakcik copy and paste sajork!) Thanxs for the info!

Monday, February 9, 2009

Brand New Che Hamizul


Salam... on 8 Feb lepas Pakcik ada buat temu janji dgn Che Hamizul Azwa.. gu kita yang skang ni kejer kat company "kerang" di PD... dulu dah pernah jumpa sekejap sangat kat Restoran Lala di Kg.Bharu... tapi tuu lah.. ramai yang tak sempat jumpa dia except Pakcik ngan Jeffri jer sempat berjabat tangan ngan gu kita tuh.. Gila lewat jumpa ngan dia... yer lah.. very the bz man...
Kami jumpa kat KFC 24 Hours drive through (nak mention gak tuh yag KB pun maju) kat Kubang Kerian. Actually sedang elok laa sbb dia pun balik kampung dia kat Peringat.. and Pakcik lak kat Panji.. so jumpa tengah2... hahaha Konon nak guna wifi kat situ laa.. but hampeh wifi kat KFC tuu ada probs plak...
So jumpa and lepak2 saja laa... sesi kutuk mengutuk amalan mulia pun berjalan seperti biasa... Best gak aa pakcik tuu bawak laptop dia.. tgk2 gambar... Pakcik sendiri tak bawak apa2... bleh belanja makan and minum pun ok dah... :)
Pakcik mintak laa nak amik gambar dia and buh kat blog nih... ari tuu masa kat Kg.Bharu dia tak bagi amik... yang kali ni pun sket punya susah nak amik gambar... bukan nak hantar kat model agency pun.. hahahaha macam laa layak jadi model!!

So kat atas tu gambar terbaru Pakcik Kopi and Pakcik Tua... hahaha
*Thanks to Anas sbb tolong amik gambar kami.. :)

Friday, January 30, 2009

Tetiba wanted pulok@blog shariff?


Yang dua orang dari kanan tu tok berapo wanted sangat. Tapi hok tiga oghe lagi tu amat-amat dan sangat-sangat dicari hidup atau mati? Kalau ada jenguk2 blog kita ni harap dapat email gu gu kito untuk kembalikan silaturrahim kita..adiosss

Monday, January 26, 2009

Terjah ~ Edisi Chinese New Year

Sesi terjah dimulakan dgn pelan perjalanan bersama Mohd Hisham Saleh... Kawe gi amik Ise di Kutan Hulu... Oleh kerana pertemuan bersama Sharif di tunda ke jam 2.30ptg... maka Kawe ngan Ise pusing2 di KBR dulu then kami pegi minum2 and mabuk2 dulu di Secret Receipe Caw. Tesco (lupa nak amik gambar)... And after quite sometimes lepak2 and minum2 and bedal kek and minuman yang menhancuskan pitis sebanyak 30 hengget... kami berdua pegi berjumpa Sharif Nawi... hehehehe

Terjah 1 ~ Sharif Nawi
Venue kat Restoran Miria Wakaf Bharu... Nampaknya Sharif tak berubah dari segi ketinggiannya.. (huhuhu jangan mare bro)... tapi obvious all of us makin matang laa.. walau masih gila2 tuu ada... hahaha
Sorry lupa nak amik gambar!!

Terjah 2 ~ Nizamuddin Alias
Next terjah kami berdua menuju rumah Nizamuddin dgn pelan terjah seterusnya (bertiga) ke Kg Kota... di mana kami akan menerjah sorang lagi kawan kita...

Terjah 3 ~ Shazwaen Mat Kassim
Kami bertiga (geng bujang's and me) bergi menerjah Ann di Cyber Cafe milik adiknya... lepas tu lepak kat kedai makan berdekatan. Masa on the way tuu keluar macam2 citer zaman sekolah... Like Ise come up dgn cerita "Pertandingan Lalulintas" yang kami ber3 participate... gilaaaa gilaaaaaaa... Masa jumpa Ann tuu... He looks a bit different... yelah... makin berumur laa katakan... Ann nampak macam pak2 aji laaa waraq... hehehe. Glad to kno that he is working with UMK (Universiti Malaysia Kelantan). Anak Ann pun dah besar... comel plak tuu... Kat bawah ni gambar terbaru Ann bersama dgn geng bujang's.. huhuhu



Terjah 4 ~ Mohd Nasir Mohamad
Terjah seterusnya adalah bertempat di Wakaf Bharu lagi dekat ngan Restoran Miria tempat kawe ngan Ise jumpa Sharif... (gila tul pusing balik). Tapi sebelum tuu kami sempat solat di Masjid Wakaf Bharu... Nasir plak bawak anak dia yang pompuan... Kawe actually selalu gak jumpa dgn Nasir kat KB Mall.. but lately dia dah tak kejer situ.. Skang dia dah buat biz sendiri... Alhamdulillah... Banyak gak kelur citer2 gila... (as usual).. Kat bawah ni wajah terbaru Nasir.. Tak berubah kan???

Terjah 5 ~ Nurul Ihsan Abdul Majid
Lepas lepak agak lama gak ngan Nasir.. kami plan ke rumah Nurul Ihsan.. Kali ni kami bawak sekali Nasir dan anaknya... Menerjah rumah Nurul yang terletak di Kampung Sungai Pinang... huhuhu.. Walau tanpa bantuan GPS... kami tetap sampai rumah Nurul... (Actually kawe, Ise and Sharif yang patut pegi rumah Nurul.. tapi kena tukar program) Actually plan asal nak pegi tengok ayah Nurul yang katanya kena stroke... Tapi lain plak jadi... hahahaha... Mmg kami pegi rumah Nurul.. but oleh kerana dah lewat sangat... dkt2 maghrib... Kami pun beransur balik.. Tapi yang best tuu... sampai sana banyak benar yang diborakkan... Siap Nurul keluarkan majalah sekolah (Al-Falahiah) semua bilangan......Biasa laa dah lama tak jumpa camtu laa... Nurul skarang jadi cikgu... mengajar di Sg.Tong, Trg...
Kat bawah ni gambar diorg semua laa yang menerjah rumah Nurul... (tapi semua gambar tak der gambar kawe sbb kawe hok amik gambar... hahaha sorry gambar kurang jelas sbb pakai phone cam jer...)

Lepas tu kawe hantar diorg semua balik... so harap2 dapat laa buat lagi sesi terjah ni... overall sesi terjah ni successful... huhhuhu..(sapa laa plak yang kawe nak terjah next ek??)

Friday, January 9, 2009

Qunut Nazilah


DEFINISI QUNUT NAZILAH

Qunut secara istilahnya adalah seperti yang dikatakan oleh Al-Hafidh Ibnu Hajar Al-Asqalani rahimahullah: "Suatu doa di dalam shalat pada tempat yang khusus dalam keadaan berdiri." (Fathul Bari 2/490.) Dan Nazilah artinya malapetaka atau musibah yang turun menimpa kaum muslimin dalam bentuk gempa, banjir, peperangan, penganiayaan dan sebagainya.

Contoh bacaan yg biasa dibaca ;

اللهمﺇنانجعلك في نحورأعدائناونعوذبك من شرورهم اللهم بدد شملهم وفرق جمعهم وستت
كلمتهم وزلزل أقدامهموسلط عليهم كلبا من كلابك يا قهار يا جبار يا منتقمياالله ياالله يااللهاللهم يا منزل الكتاب ويا مجري السحاب ويا هازم الاحزابﺇهزمهم ﺇهزمهم ﺇهزمهوانصرنا عليهم


Ya Allah, Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan merekaYa Allah, Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka Goncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing-anjing kamu kepada mereka Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa Wahai Tuhan yang bersifat murka Ya Allah Ya Allah Ya Allah Ya Allah, Wahai tuhan yang menurunkan kitab, Wahai tuhan yang mengarakkan awan Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab Kalahkan mereka Kalahkan mereka Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.


PERINGATAN!!!
1. Lafaz qunut di atas bukan dari Nabi shallallahu `alaihi wa sallam. Oleh kerana itu, tidak ada keterkaitan dengannya apalagi menganggapnya sebagai doa yang disunnahkan. Dan bagi orang yang mampu menyusun doa dalam bahasa arab yang sesuai dengan keadaan musibah, tidak ada larangan baginya untuk berdoa dengannya.

2. Boleh mengulang potongan kalimat dari doa di atas beberapa kali.
Apakah Ada Syariat Mengusap Muka setelah Qunut Pendapat jumhur ulama tidak ada mengusap muka setelah berdoa qunut. Imam Al-Baihaqy (dari ulama Syafi'iyyah) dalam As-Sunan Al-Kubra 2/212 mengatakan:
Adapun mengusap muka dengan kedua tangan ketika selesai dari doa, saya tidak mengetahui hal tersebut dari salah seorang ulama salaf pun yang melakukannya dalam doa qunut

3. Bolehkan Qunut Dilakukan dalam Shalat Sendirian?
Sepanjang penelitian, belum ditemui adanya nash dari Nabi shallallahu `alaihi wa sallam dan para sahahabatnya yang menunjukkan pelaksanaan qunut dalam shalat sendirian. Mungkin disebabkan hal ini Ibnu Qudamah dalam Al-Mughni 1/450 menegaskan:

"Tidak ada pelaksanaan qunut secara individu". Dan ini juga merupakan fatwa dari Syaikh Abdul Muhsin Al-Abbad hafidzohullah. Hukum ini juga berlaku pada kaum wanita, tidak melakukan qunut kecuali pada sholat jamaah.
Apakah Disyariatkannya Mengaminkan Doa Qunut bagi Makmum Disyariatkannya mengaminkan doa qunut berdasarkan hadis Rasullah shallallahu `alaihi wa sallam yang diriwayatkan Abu Daud (lihat Al-Irwa' 2/163). Dan hal ini ditegaskan oleh Ibnu Qudamah dalam Al-Mughni 1/449: "Apabila imam melakukan qunut hendaknya diaminkan oleh orang yang di belakang imam (makmum) dan tidak diketahui ada perbezaan pendapat (dikalangan para 'ulama) dalam masalah ini." Akan tetapi perlu diingat bahawa pengaminan diucapkan pada lafaz-lafaz doa, bukan pada lafaz pujian. Ini merupakan pendapat Imam Ahmad dan dibenarkan oleh Imam Khirqy serta An-Nawawi.(Suaalat Abi Daud hal. 67 dan Al-Majmu' 3/481). Dan hendaknya imam berdoa dengan lafaz umum (bukan untuk pribadinya) sehingga makmum ketika mengaminkannya juga mengambil andil dari doa tersebut, sebagaimana yang ditegaskan oleh Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah, Al Hafizh Ibnu Hajar, Syekh Ibn Al Utsaimin dan lain-lainnya.

Mudah-mudahan apa disampaikan ini bermanfaat bagi kaum muslimin yang mencintai keadilan dan kebenaran serta dapat dilaksanakan bagi mereka yang menjunjung prinsip kebenaran sebagai bentuk keperihatinan kepada mereka yang dizalimi dan ditindas tanpa ada bukti.

Saturday, January 3, 2009

1st Reunion

Assalamualaikum... Sorry for the late posting... We had a good time for the "ad hock" 1st reunion (25th of Dec 2008) held at Lala Seafood Restaurant, Kg. Baru, KL... I want to express my gratitude to all buddy who could make it.. Che Hamizul, Hasamizi, Jeffri, Rofizi, Nizamuddin & Fauzi... Really I do have a great time meeting you guys...
Sadly Afifi, Mushiy, Zaki and Sharif could not make it...
Hope that we could have this kinda REUNION again sometimes in the future...
Here I also wanna say sorry to those I forgot to invite... huhuhu like "Tuanku" Hisham Cirik (don't be mad ok?) and others... since it was an ad hock and unexpected planned by me... so sorry to all..